Pages

Kenapa perempuan single suka lelaki yang telah berpunya?

S

Dan ini isu yang sangat menarik bagi kaum adam untuk ‘mempelajarinya’. Hai lain macam jer bunyinya.

Ramai yang mempersoalkan fenomena ini. Kenapa? Bukan maksudnya kenapa mereka mempersoalkannya. Tapi mereka mempersoalkan kebenaran hal tersebut. Yaitu , ‘Kenapa perempuan single suka lelaki yang telah berpunya’. Adakah lelaki yang telah berpunya ini memiliki kebaikan dan kesopanan yang sangat tinggi sehingga mereka ini mampu menyerlahkan karisma mereka melebihi lelaki yang belum berpunya?

Berbalik kepada isu asalnya Kenapa Perempuan Single Suka Pada Lelaki Berpunya?

Bagi aku ianya tidak sama sekali merujuk kepada bilangan yang banyak dan kumpulan yang besar. Sepertinya golongan yang sakit itu tetap lebih sedikit nisbahnya dari golongan yang sihat. Dan golongan yang elok akhlaknya itu sentiasa lebih ramai dari yang huduh dan pelahap!!! Jangan menghukum orang lain dari kesilapan orang lain. “Kita boleh benci pada perbuatan buruk seseorang, tetapi harus tetap adil”(pinjam dialog ‘ayat-ayat cinta’)

Bagi aku seorang perempuan yang paling sedikit sekalipun iman didalam dirinya tetap mempunyai pertimbangan dalam soal ini. Hanya jika perbicaraan kita ini sampai kepada soal perkahwinan dan jodoh. Jadi sangat sedikit ruang untuk dipertikaikan. Kerana ianya salah satu perkara-perkara yang Allah rahsiakan. Maka terpulanglah pula untuk menerima ketentuanNya itu dengan redha dan takwa atau dengan rungutan yang berbagai-bagai rupa. “Kerana inilah, kerana itulah, kerana dialah, kerana engkaulah” Bukankah lebih benar jika berkata “Kerana Allah-lah”

Dan dalam isu yang diperkatakan juga. Bagi aku, pendapat =

Quote:

[Perempuan mahu sesuatu yang diluar batasan – Sejak dulu lagi telah bermula satu barisan panjang perempuan yang sangat menginginkan apa yang mereka tidak miliki.] [Perempuan juga ingin meninggikan ego – Lelaki ataupun perempuan, perkara yang paling menaikkan ego ialah mendapati dirimu itu bukan saja hot tapi super hot. Bayangkan jika lelaki mengambil risiko membahayakan perhubungannya] atau [Perempuan ingin mengkhianati perempuan lain – Ada juga sesetengah perempuan yang tidak puas hati dengan jantina mereka sendiri.]

Pendapat-pendapat seperti ini sangat prejudis kepada kaum wanita itu sendiri. Sehingga golongan yang lebih besar itu terasa tempiasnya. Sangat sedikit golongan perempuan seperti yang dinyatakan diatas sebenarnya. Atau ada orang-orang perempuan yang tidak setuju dengan aku?

[Lelaki berpunya, punya keyakinan tinggi]

Aku sangat tetarik dengan kenyataan ini. Seorang lelaki yang telah ‘berpunya’ itu tentulah terlebih dahulu disukai oleh perempuan? Kenapakah bergitu? Adakah setelah mereka itu berpunya mereka berubah menjadi hebat ? Mereka jadi lebih memahami wanita itu? Bagiku sebenarnya sejak dari mula mereka (lelaki ini) lebih berketerampilan. Mereka lebih bersopan dalam berkata-kata. Dan mereka lebih bersikap lemah lembut. Bukan maksudku mereka tidak tegas. Tapi ketegasan yang tidak bijaksana itu umpamalah melentur tanduk tanpa melayunya* terdebih dahulu. Nescaya ia hanya akan patah.

Jadi jangan dipersoalkan kenapa lelaki berpunya ini punya keyakinan yang tinggi. Kerana sebenarnya mereka telah demikian sebelum mereka berpunya.

Walaupun aku berpendapat punca permasalahan ini [Kenapa Perempuan Single Suka Pada Lelaki Berpunya?] adalah dari perempuan itu sendiri, tetapi aku tetap tidak setuju pendapat yang menyalahkan mereka ini seratus peratus. Kerana: “Perempuan itu sifatnya adalah bengkok, janganlah engkau cuba untuk meluruskannya nescaya ia akan patah. Tapi gunakanlah dengan bijaksana sifatnya yang bengkok itu

Quote XPDC:

[wife aku kata lelaki kalau dah umur lebih 40, dgn secaranya automatiknya dia akan menggatal...miang tak tentu pasal...tapi aku lain sikit masa sebelum kahwin aku tak suka usher awek..tapi dah kawin anak 3 ni pantang tgk anak dara nak usher jer...ni bukan kategory gatal tapi dtg secara spontan...tapi tak ler sampai aku nak pi ngorat..nak mampus kena potong nanti dgn wife aku...tak pasai kena potong3 cam p1max]

Dalam soal ini aku berpendapat apabila lelaki itu semakin matang dan berusia. Masyarakat mengharapkan sesuatu yang lebih darinya. Sedangkan sejak dari mula dia memang gatal. Cuma bila usia semakin lanjut itu perlakuannya nampak terlebih lucah dari orang yang lebih muda. Namun ianya berlaku dalam bilangan yang sedikit juga. Dan tidak wajar sama sekali prejudis dengan lelaki seusia ini. Sehingga kita bersangka buruk kepada keramahan dan kebaikan mereka yang lain. Sedangkan bilangan yang tinggi keikhlasannya itu adalah lebih banyak.

Wahai adik-adik aku yang belum berpunya(lelaki). Dengarlah nasihat aku. Janganlah kalian cemburu dengan lelaki yang telah berkahwin itu sehingga ramai yang bersangka buruk kepada mereka.

“Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”.(HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

Inikah golongannya yang engkau sangat bersangka buruk itu? Dan menjadi hairankah golongan yang Allah telah iktiraf separuh dari agama mereka ini untuk lebih disukai dan lebih berkarisma? Dan pengiktirafan Allah itu telah disampaikan melalui RasulNya. Dan jangan pula kalian menghujahkan dengan hujah yang jahil dan emosional. Kerana aku hanya menyalinkan semula apa yang disabdakan. Dan jangan pula engkau tidak menyukainya, atau lebih biadap menolaknya sama sekali. Kerana aku tidak mengada-adakan sama sekali barang yang tiada.

Quote Anish:

[maksud anis pelik kawan anis tu...dia kater lelaki yg dah berpunya lebih memahami dan menyayangi...ye ke?]

Bukankah tidak perlu dipertikaikan yang kebaikan itu sepatutnya bergitulah? Dan kenapa mereka yang berbuat baik itu tidak dicontohi? Dan kenapa pula mereka ditentang dan dijadikan musuh? Seolah-olah kebaikan yang mereka pupuk dalam diri sendiri itu menjadi ancaman kepada setengah golongan yang lain.

Quote moukie:

[hahahahaha....ye la kot...dorangkan dh berpengalaman tp, adik takot nk rapat ngan suami org bahaya sehh...dornag ni lg pintar bermain kata2 ]

Pintar bermain kata? Maksudnya? Berkata-kata dengan sopan dan memilih diantara suku kata bahasa yang paling elok? Nagetifkah? Dan perlu dihindarkan? Siapa? Perempuan perlu menghindari lelaki sebegini? Atau lelaki perlu menghindari sikap bergini.? Yakni berkata kata dengan lemah lembut dan bijaksana?

Tanyalah pada diri sendiri yang Allah kurniakan akal. ADAKAH KITA INI DISUKAI OLEH ORANG LAIN(tidak perduli perempuan atau lelaki) JIKA YANG KELUAR DARI MULUT KITA ITU ADALAH PERKATAAN-PERKATAAN YANG MENYAKITKAN HATI, KASAR SERTA BIADAP!!!

Kesimpulannya disini [Kenapa Perempuan Single Suka Pada Lelaki Berpunya?]

Kebanyakannya. Aku ulangi KEBANYAKANNYA(bukan semua,jangan pula ada yang ingin mensensasikan ayat aku ini) mereka ini lebih sopan dan baik tutur kata. Tidak gelojoh dan gopoh. Lebih bersabar dengan kerenah perempuan itu, yang mana diorang(perempuan) nih macam kucing friskis' suka sangat kena belai-belai dan dimanja-manjakan.

Maaf, secara peribadinya aku tidak nampak sama sekali apa yang buruknya. Lelaki yang telah berpunya bersikap baik kepada orang lain lalu mereka(perempuan) menyukainya. Atau bagi perempuan yang lebih menyukai layanan yang lebih elok kepada mereka. Miskipun datangnya dari lelaki yang telah berpunya. Kerana mereka(perempuan) berhak memilih yang terbaik untuk hidup mereka. Dan definasi lelaki terbaik bagi perempuan single itu tidak semestinya lelaki yang belum berpunya. Terpulang kepada mereka mendefinasikan ‘terbaik’ itu yang bagaimana.


Thank you,Arra :)


S
 

Most Reading